Kanak-kanak maut dilanggar kereta peronda polis

Seorang kanak-kanak maut di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium pada Rabu selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis yang dalam perjalanan ke lokasi panggilan kecemasan. Gambar hiasan
Seorang kanak-kanak maut di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium pada Rabu selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis yang dalam perjalanan ke lokasi panggilan kecemasan. Gambar hiasan
A
A
A

BRUSSELS – Seorang kanak-kanak maut di bandar pelabuhan Antwerp, Belgium pada Rabu selepas dilanggar sebuah kereta peronda polis yang dalam perjalanan ke lokasi panggilan kecemasan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut agensi berita Belga, mangsa berlari melintas jalan ketika kenderaan polis itu melalui kawasan berkenaan.

Pendakwa raya mengesahkan kejadian tersebut namun tidak memberikan butiran lanjut. Media tempatan melaporkan bahawa mangsa dipercayai berusia antara lapan hingga sembilan tahun.

Kejadian ini berlaku hanya beberapa minggu selepas seorang kanak-kanak lelaki yang menunggang skuter elektrik (e-skuter) maut di Brussels ketika cuba melarikan diri daripada polis.

Pegawai yang memandu kenderaan dalam insiden itu kini dikenakan tahanan rumah dan dipakaikan alat pengesan elektronik di pergelangan kaki sementara siasatan dijalankan.

Pendakwa raya Brussels sedang meneruskan pendakwaan atas kesalahan “menghalang lalu lintas secara berniat jahat sehingga menyebabkan kematian,” yang memperuntukkan hukuman maksimum sehingga 30 tahun penjara.

Kematian kanak-kanak lelaki tersebut, yang dilahirkan pada 2013, telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai tindakan pihak berkuasa polis di Belgium. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!