Najib sindir Tun M dakwa beliau punca PH tumbang

Perkongsian itu berjaya menarik 10,000 komen dan dikongsi oleh 4,400 pelayar Facebook.
Perkongsian itu berjaya menarik 10,000 komen dan dikongsi oleh 4,400 pelayar Facebook.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengaitkan diri sebagai punca utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Menerusi muat naik di Facebook Najib Razak, Ahli Parlimen Pekan itu memaklumkan bahawa beliau tidak tahu dirinya menjadi punya utama kerajaan PH tumbang.

"Saya sendiri pun tak tahu. Sekarang saya tahu. Tetapi saya tak ingat pun bila saya pernah turun ke jalan raya untuk gulingkan kerajaan," katanya.

Malah Najib turut mempersoalkan bagaimana dengan hanya bermain Facebook, namun beliau masih dikaitkan mampu menjatuhkan satu kerajaan.

"Bahaya juga, lain kali saya main PS4 sudah," katanya.

Perkongsian itu berjaya menarik 10,000 komen dan dikongsi oleh 4,400 pelayar Facebook.

Dr Mahathir dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam mengatakan kejatuhan kerajaan PH adalah disebabkan oleh konspirasi yang berpunca daripada bekas Perdana Menteri keenam.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan Muhyiddin mampu bertahan sehingga PRU15: Tun M

Artikel Berkaitan:

"Apabila dia kalah, maka dia dapat idea kalau dia boleh tubuh satu kerajaan Melayu Islam, maka dia akan dapat lebih sokongan orang Melayu dan dia akan menang.

“Sebab itu dia mencuba dengan begitu lama namun pendekatan beliau tidak berkesan dan akhirnya gagal, akhirnya kami yang menang,” kata Dr Mahathir.