Polis buru suspek kes bunuh warga Myanmar

Polis memburu warga Myanmar yang terbabit dalam kes bunuh di Tangkak - Foto: PDRM
Polis memburu warga Myanmar yang terbabit dalam kes bunuh di Tangkak - Foto: PDRM
A
A
A

TANGKAK – Polis sedang giat mengesan seorang lelaki warga Myanmar yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan di sebuah rumah sewa di Jalan Kemajuan, di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, suspek dikenali sebagai Cho Min Tun, 24.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, suspek adalah warga Myanmar serta pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan suspek diminta menghubungi talian hotline IPD Tangkak di 06-9785222 atau Pegawai Penyiasat kes di talian 019-2699573.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!