Tiga lelaki tempatan, dua wanita Thailand dicekup masuk ikut pangkalan haram

Antara dua individu yang dicekup ketika cuba masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok semasa penugasan Op Taring Wawasan dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Rabu.
Antara dua individu yang dicekup ketika cuba masuk ke negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok semasa penugasan Op Taring Wawasan dijalankan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Rabu.
A
A
A

RANTAU PANJANG – Tiga lelaki tempatan dan dua wanita warga Thailand dicekup ketika cuba memasuki negara ini melalui pangkalan haram di Sungai Golok semasa penugasan Op Taring Wawasan dijalankan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada Rabu.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, kesemua suspek diberkas dalam tempoh rondaan dari jam 8.45 pagi hingga 1.30 tengah hari di beberapa lokasi panas sepanjang sempadan Malaysia-Thailand.

“Antara pangkalan haram yang dikenal pasti digunakan mereka ialah Parkir, Pohon Jambu dan MCA,” katanya kepada pemberita pada Khamis.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati kesemua individu terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan telah memasuki negara ini secara haram.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.
Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, saringan awal air kencing turut mendapati tiga lelaki tempatan itu positif dadah jenis ketamin dan methamphetamine.

Nik Ros Azhan memberitahu, kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63, manakala seorang daripada suspek yang dipercayai bertindak sebagai pemandu kenderaan turut ditahan di bawah Seksyen 55(e) akta yang sama.

Ujar beliau, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!