Serangan dron terbesar Rusia gegar Ukraine

Serangan tersebut menyebabkan kerosakan di beberapa wilayah Ukraine, namun tiada laporan mengenai kematian atau kecederaan besar.
“Serangan udara musuh direkodkan di 10 lokasi,” menurut kenyataan tentera udara Ukraine.
Datuk Bandar Rivne, Oleksandr Tretyak menyifatkan ia sebagai 'serangan terbesar' terhadap wilayah itu sejak perang bermula.
Rusia telah meningkatkan serangan ke atas Ukraine dalam beberapa minggu kebelakangan ini yang menurut Kiev Moscow tidak mempunyai hasrat untuk menghentikan pencerobohan berlarutan selama tiga tahun, dan tidak serius dalam rundingan damai.
Serangan bertubi-tubi itu turut menimbulkan kebimbangan terhadap keupayaan sistem pertahanan udara Ukraine yang semakin tertekan.
Namun, tentera udara berkata mereka berjaya memintas atau menembak jatuh 460 daripada jumlah dron itu, serta 19 daripada 20 peluru berpandu yang turut dilancarkan dalam serangan malam tersebut.
Ukraine turut berkata bahawa mereka melancarkan serangan balas ke atas sebuah kilang elektronik yang menghasilkan komponen dron Rusia.
Pegawai tempatan Rusia memaklumkan bahawa kilang tersebut terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara waktu selepas serangan tersebut. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
