PLKN: Faktor kesihatan, pekerjaan punca 206 peserta tidak lapor diri - Adly

Adly (kiri) bertemu penduduk Kampung Sungai Rual ketika Lawatan Kerja dan Korban Sempena Hari Raya Aidiladha Bersama Anggota Operasi Merpati Negeri Kelantan di Jeli pada Ahad.
Adly (kiri) bertemu penduduk Kampung Sungai Rual ketika Lawatan Kerja dan Korban Sempena Hari Raya Aidiladha Bersama Anggota Operasi Merpati Negeri Kelantan di Jeli pada Ahad.
A
A
A

JELI - Kesemua 206 peserta yang gagal melapor diri pada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 pada Mei lalu terikat dengan Akta Khidmat Negara 2003.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, mereka dikenal pasti memberi alasan bahawa kesihatan dan perkerjaan menyebabkan tidak dapat hadir pada latihan terbabit.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya akan melihat keadaan serta alasan yang diberikan sebelum mengambil tindakan.

"Kita pun perlu melihat semua justifikasi mereka yang tidak mendaftar tetapi tetapi jika tiada pilihan akta itu digunakan bagi mendisiplinkan mereka untuk memastikan belia terlibat dengan PLKN.

"PLKN bukan sahaja berkaitan pembentukan dan nilai jati diri tetapi terlibat dengan kedaulatan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Lawatan Kerja dan Korban Sempena Hari Raya Aidiladha Bersama Anggota Operasi Merpati Negeri Kelantan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu Adly memberitahu, sebahagian daripada peserta yang terpilih sudah mendaftarkan diri.

Media sebelum ini melaporkan, kesemua 550 peserta PLKN perlu melaporkan diri dalam PLKN 3.0 Siri 2/2025 selewat-lewatnya pada 16 Mei lalu.

Kegagalan melapor diri tanpa alasan munasabah atau tanpa bukti masalah kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan dianggap sebagai ingkar.

Artikel Berkaitan:

Peserta terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!