Tunku Mahkota Johor solat sunat Aidiladha bersama rakyat

Tunku Mahkota Ismail berkenan bersalaman bersama jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn. Foto Bernama
Tunku Mahkota Ismail berkenan bersalaman bersama jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato' Onn. Foto Bernama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini pagi Sabtu.

Turut berangkat, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail; Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar; dan adik ipar baginda, Datuk Muhammad Dennis Abdullah.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani; serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Baginda kemudiannya menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih kurang 4,000 jemaah dengan diimamkan Imam Besar Negeri Johor, Muhamad Bukharuddin Ismail.

Selepas menunaikan solat sunat Aidiladha, bertakbir bersama jemaah masjid dan mendengar khutbah hari raya, baginda turut berkenan bersalaman dengan para jemaah di masjid berkenaan sebelum berangkat pulang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!