Polis terima tujuh laporan kes jemaah haji terkandas di KLIA

KUALA LUMPUR - Polis menerima tujuh laporan berkaitan kes jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, setakat ini, sebanyak tujuh laporan polis telah diterima mengenai kejadian tersebut.
“Kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa kira-kira 80 jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada Selasa terpaksa dibatalkan perjalanan mereka apabila mereka dilaporkan ditahan di KLIA.
Difahamkan, kumpulan jemaah itu ditahan oleh pasukan ‘task force’ berikutan penggunaan visa pelancong bagi menunaikan ibadah haji.
Penasihat undang-undang yang juga aktivis Mind Pro Management, Ena Ewil dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya, jemaah tersebut telah dijanjikan visa mujamalah, namun gagal mendapatkannya dan sebaliknya diberikan visa pelancong.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
