Terbuka Indonesia: Tang Jie-Ee Wei berhempas pulas sebelum mara

TIADA jalan mudah buat beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei apabila dipaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Terbuka Indonesia sebentar tadi.
Pasangan, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto memberi tentangan sengit ke atas gandingan nombor empat dunia itu sehingga mengheret saingan ke set penentuan.
Tang Jie-Ee Wei bermula baik apabila dilihat mudah mengatasi pasangan India berkedudukan ke-17 dunia itu 21-11 pada set pertama.
Namun Dhruv-Tanisha bangkit mengikat kedudukan 1-1 dalam saingan kedua 21-16 untuk melanjutkan permainan ke set penentuan.
Mujur pasangan negara segera mengemaskan corak permainan untuk mengesahkan kemenangan 21-14 dalam masa 59 minit di Istora Senayan, Jakarta.
Mereka bakal berdepan cabaran pemenang antara wakil Denmark ke-23 dunia, Mads Vestergaard-Christine Busch atau pasangan nombor 44 dunia, S. Ashith-P. Amrutha dari India dalam pusingan kedua pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
