Lelaki parah ditanduk lembu

Mangsa dihantar oleh ahli keluarga ke Hospital Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II - Gambar hiasan, gambar kecil: Dr Zaini
Mangsa dihantar oleh ahli keluarga ke Hospital Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II - Gambar hiasan, gambar kecil: Dr Zaini
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 35 tahun parah selepas ditanduk lembu peliharaannya di Kampung Neman, dekat Jelawat, Bachok, Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, mangsa mengalami kecederaan serius di perut akibat luka yang lebar dan dalam.

"Pada awalnya, mangsa dihantar oleh ahli keluarga ke Hospital Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

"Mangsa selamat menjalani pembedahan dan kini dalam keadaan stabil,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Zaini berkata, pihaknya akan terus memantau luka itu bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 7 malam, selepas lembu itu tiba-tiba bertindak agresif semasa mangsa hendak memasukkan haiwan tersebut ke dalam kandang. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!