Pengunjung resah sekumpulan anjing liar 'buat kacau' di pantai PD

Kelihatan sekumpulan anjing lebih daripada lima ekor berkeliaran di Pantai Tanjung Biru
Kelihatan sekumpulan anjing lebih daripada lima ekor berkeliaran di Pantai Tanjung Biru
A
A
A

PORT DICKSON - Kehadiran sekumpulan anjing liar di kawasan Pantai Tanjung Biru di sini menimbulkan kebimbangan pengunjung.

Menerusi video tular, kelihatan seorang kanak-kanak dikejar oleh salah seekor anjing berkenaan, namun ada yang mengandaikan haiwan itu sekadar mahu bermain.

Pada keterangan video tersebut dinyatakan yang kehadiran haiwan terbabit membuatkan pengunjung rasa kurang selesa mahu datang berkelah di situ.

"Pengunjung nak datang berkelah pun rasa kurang selesa.

"Minta tolong pihak berkuasa ambil tindakan segera, jangan sampai ada kes kena gigit baru nak ambil tindakan," tulisnya.

Kelihatan salah seekor anjing liar berkeliaran di Pantai Tanjung Biru berlari ke arah seorang kanak-kanak
Kelihatan salah seekor anjing liar berkeliaran di Pantai Tanjung Biru berlari ke arah seorang kanak-kanak

Di ruangan komen pula ada warganet yang mempertikaikan kenapa video tersebut ditularkan seolah-olah sengaja mahu mewujudkan rasa kurang senang orang ramai terhadap kehadiran haiwan tersebut.

Sementara itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson(MPPD), Hasnor Abd Hamid mengakui menerima banyak aduan berkenaan anjing terbiar di daerah itu termasuk di kawasan pantai.

Beliau berkata, pihaknya mengambil perhatian perkara itu dan dari semasa ke semasa tindakan menangkap anjing terbiar di kawasan operasi MPPD terutama di kawasan tumpuan pelancong dilakukan.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod katanya, sebanyak (127 aduan) diterimanya dari Januari sehingga April lalu, manakala sepanjang tahun lalu (369 aduan) dan tahun sebelumnya (430 aduan).

"Bagi Pantai Tanjung Biru, tinjauan Jabatan Penguatkuasa MPPD sebelum musim cuti sekolah mendapati, bilangan anjing terbiar tidak sebanyak seperti yang tular.

"Pertambahan anjing mungkin berpunca dari banyak punca makanan yang ditinggalkan oleh pengunjung pantai," katanya.

Sebelum ini turut tular gambar seekor anjing 'mandi' di Pantai Saujana, Batu 4 yang mencetuskan rasa kurang senang pengunjung khususnya yang beragama Islam kerana dianggap tidak sensitif.

Sebahagian daripada mereka, tanpa mengetahui sama ada anjing tersebut milik individu atau anjing liar menyelar tindakan membawa haiwan itu ke situ.

Ini kerana pantai berkenaan turut dikunjungi pengunjung beragama Islam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!