Enam kawasan di Semenanjung catat cuaca panas Tahap 1 – MetMalaysia

Sebanyak enam kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan - Gambar hiasan
Sebanyak enam kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Sebanyak enam kawasan di Semenanjung Malaysia kini berada pada Tahap 1 (berjaga-jaga) selama tiga hari berturut-turut berikutan cuaca panas yang berterusan, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Isnin, MetMalaysia memaklumkan bahawa kawasan-kawasan yang terlibat ialah Larut dan Matang, Kuala Kangsar dan Perak Tengah di Perak; Machang dan Kuala Krai di Kelantan; serta Bandar Baharu di Kedah.

“Status Tahap 1 (berjaga-jaga) dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kesan kesihatan akibat cuaca panas yang berpanjangan, termasuk mengelakkan aktiviti fizikal di bawah terik matahari, kekal terhidrat dan berada di tempat teduh atau berhawa dingin.

Untuk maklumat lanjut dan status terkini cuaca panas harian, orang awam boleh melayari portal rasmi MetMalaysia di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!