Penunggang basikal maut dilanggar tren

Seorang penunggang basikal maut dirempuh tren di lintasan kereta api Runcorn, Brisbane. Foto hiasan 123RF
Seorang penunggang basikal maut dirempuh tren di lintasan kereta api Runcorn, Brisbane. Foto hiasan 123RF
A
A
A

SYDNEY - Seorang penunggang basikal maut selepas dirempuh tren di pinggir selatan Brisbane, Australia awal pagi Isnin, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan polis, perkhidmatan kecemasan menerima panggilan berhubung nahas di lintasan kereta api di Runcorn, 15 kilometer dari pusat bandar Brisbane, sekitar 4.30 pagi Isnin.

Penunggang basikal terbabit, lelaki tempatan berusia 69 tahun, mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap pengendali perkhidmatan kereta api di negeri Queensland memberitahu akhbar Nine Entertainment bahawa palang keselamatan telah diturunkan dan lampu amaran menyala ketika kejadian berlaku bagi memberi amaran tren sedang menghampiri.

Penutupan jalan dan lencongan telah dilaksanakan, manakala pengguna dimaklumkan mengenai kelewatan tren sehingga 60 minit susulan insiden itu. Perkhidmatan tren kembali normal pada 9.30 pagi.

Perkhidmatan Polis Queensland memaklumkan bahawa Unit Siasatan Kemalangan Forensik telah memulakan siasatan berhubung kejadian itu. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!