Tiada keperluan mendesak untuk rombakan Kabinet - Anwar

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tiada keperluan mendesak untuk melakukan rombakan Kabinet buat masa ini.
Anwar berkata, kerajaan kekal berfungsi walaupun dua menteri meletakkan jawatan baru-baru ini.
"Tiada keperluan mendesak untuk rombakan sekarang. Dua menteri sudah letak jawatan, (dan) kami memberikan masa kepada mereka untuk memikirkan apa yang mereka mahu lakukan.
"Kini mereka sedang bercuti. Saya sudah luluskan permohonan cuti mereka. Saya rasa kita tidak perlu buat andaian," kata beliau kepada pemberita pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Anwar berkata, Kabinet terus berfungsi seperti biasa, dan aturan sementara akan dibuat untuk memastikan kesinambungan tadbir urus.
Pada 28 Mei lepas, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan bahawa mereka telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, dan mula bercuti.
Peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi masing-masing berkuat kuasa pada 17 Jun dan 4 Julai ini.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
