Ibu maut kereta dipandu anak terbabas langgar pembahagi jalan

Keadaan kenderaan dinaiki mangsa yang terbabas dalam nahas jalan raya awal pagi Ahad.
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa yang terbabas dalam nahas jalan raya awal pagi Ahad.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas maut selepas kereta dipandu anaknya terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan dalam kejadian di Jalan Tok Adis menghala ke Durian Burung, di sini awal pagi Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi itu, mangsa. Kelsom Abdul Rahman, 65, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Muhammad Hafiz Firdaus Alias, 23, mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati Perodua Viva dipandu Muhammad Hafiz dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan lalu terbalik ke laluan bertentangan.

Anggota keselamatan mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Tok Adis menghala ke Durian Burung, di Kuala Terengganu, awal pagi Ahad.
Anggota keselamatan mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Tok Adis menghala ke Durian Burung, di Kuala Terengganu, awal pagi Ahad.

"Kenderaan dari arah Kuala Ibai itu dipercayai terbabas sendiri ke sebelah kanan jalan sebelum terbalik.

"Mangsa yang duduk di bahagian penumpang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini pada Ahad.

Difahamkan, warga emas itu bersama anaknya dalam perjalanan dari Kemaman menghala ke rumah mereka di Manir, di sini.

Azli berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Anak mangsa yang mengalami kecederaan turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!