Lelaki intai dalam tandas perempuan diberkas polis

Perbuatan lelaki yang menceroboh masuk dan mengintai di tandas perempuan dirakam CCTV.
Perbuatan lelaki yang menceroboh masuk dan mengintai di tandas perempuan dirakam CCTV.
A
A
A

SEBERANG JAYA – Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis selepas disyaki menceroboh dan mengintai di dalam tandas wanita sebuah stesen minyak di sini dalam kejadian pada awal Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan turut mengesan satu video tular berdurasi 27 saat yang memaparkan perbuatan suspek.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 5 Mei 2025 kira-kira jam 6.21 pagi, dan video kejadian telah dimuat naik ke platform media sosial X.com.

“Suspek telah berjaya dikesan dan tangkapan dilakukan. Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Sabtu,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana berkelakuan tidak sopan terhadap kehormatan seseorang, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Helmi turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Terdahulu, rakaman video memaparkan tindakan lelaki terbabit yang dipercayai mengintai dari bawah pintu salah satu bilik tandas wanita di sebuah stesen minyak telah tular di media sosial, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!