Balik kampung sempena Aidil Adha: Perjalanan bijak dengan MYPLUS-TTA

PLUS telah bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya bagi membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sepanjang musim perayaan ini.
PLUS telah bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya bagi membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sepanjang musim perayaan ini.
A
A
A

PETALING JAYA - PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafikmelebihi 2 juta kenderaan sehari pada Hari-hari Puncak di rangkaian lebuh raya kendaliannya sempena cuti perayaan Aidiladha yang akan datang.

Jangkaan Hari-hari Puncak di Lebuhraya PLUS adalah pada 5 Jun dan 6 Jun serta 8 Jun hingga 9 Jun 2025.

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal pada musim perayaan ini.

Rancang perjalanan dengan MyPLUS-TTA

PLUS telah bersiap sedia untuk menguruskan peningkatan trafik di lebuh raya bagi membantu pengguna menikmati perjalanan yang lebih lancar dan selesa sepanjang musim perayaan ini.

Untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kenderaan tertumpu di satu-satu lokasi di lebuh raya secara serentak, PLUS menyediakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS untuk membantu pengguna lebuh raya merancang perjalanan lebih awal.

Untuk mendapatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA, pengguna lebuh raya boleh memuat turun dan mengakses aplikasi PLUS untuk memilih waktu perjalanan yang paling optimum bagi perjalanan di Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di antara 5 Jun hingga 10 Jun 2025 sempena perayaan Aidiladha yang akan datang.

Oleh itu, PLUS menyeru orang ramai supaya dapat merancang dan menyusun jadual perjalanan lebih awal berdasarkan cadangan MyPLUS-TTA bagi perjalanan pulang ke kampung halaman dari Lembah Klang pada 5 Jun hingga 7 Jun, malah menyusun jadual perjalanan kembali semula ke Lembah Klang pada 8 Jun hingga 10 Jun selepas bercuti sempena Aidiladha.

Inisiatif MyPLUS-TTA ini adalah sebahagian usaha PLUS untuk meningkatkan keselesaan para pengguna lebuh raya semasa musim-musim perayaan berdasarkan data dan pola perjalanan pada musim-musim perayaan yang lalu.

Artikel Berkaitan:

Smart Lane di 30 lokasi tumpuan trafik

Bagi mengurus dan melancarkan pergerakan trafik, PLUS akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 30 lokasi tumpuan trafik di lebuh raya sempena musim perayaan Aidiladha kali ini. (Sila rujuk Infografik untuk lokasi pengaktifan Smart Lane).

Smart Lane boleh dikenalpasti melalui paparan Lampu Hijau Berkelip (Green Flashing Light) dan papan tanda pemberitahuan yang dipasang bagi menunjukkan laluan Smart Lane diaktifkan dan boleh digunakan di lokasi-lokasi tertentu.

PLUS juga menyarankan pengguna lebuh raya untuk mematuhi arahan semasa oleh petugas di lokasi dan memberi kerjasama sepenuhnya ketika Smart Lane diaktifkan.

Smart Lane boleh digunakan oleh kenderaan ringan, persendirian atau penumpang. Ketika Smart Lane diaktifkan, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya memandu dengan had laju yang disarankan iaitu sekitar 60 km/j.

Selain itu, pengguna lebuh raya juga dilarang sama sekali menggunakan lorong kecemasan di lokasi lain yang tidak mempunyai laluan Smart Lane bagi mengelak berdepan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, bagi mengelakkan gangguan terhadap pergerakan trafik, tiada penutupan lorong untuk kerja-kerja penyelenggaraan di Lebuhraya PLUS bermula 5 Jun hingga 9 Jun 2025 kecuali melibatkan kerja-kerja kecemasan, pengalihan kemalangan dan pembaikan kritikal.

Keselesaan pengguna

Bagi membantu melancarkan lagi pergerakan orang ramai sepanjang tempoh perayaan Aidiladha kali ini, PLUS turut mengambil beberapa langkah lain yang merangkumi persediaan di plaza tol dan kawasan rehat dan rawat (R&R).

Antaranya menyediakan 26 unit tandas kabin tambahan di hentian sebelah dan plaza tol terpilih untuk keselesaan pengguna. Ini merupakan tambahan kepada tandas sedia ada yang terdapat di kawasan tersebut sepanjang lebuh raya.

PLUS juga memohon kerjasama orang ramai supaya dapat merancang perjalanan mereka dan menggunakan kemudahan awam lain seperti tandas dan surau yang disediakan di plaza-plaza tol atau kawasan rehat terdekat.

Pada masa yang sama, pengguna lebuh raya boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi aplikasi PLUS, Pembantu Maya – PUTRI, X@plustrafik, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih atau menerusi saluran stesen-stesen radio utama negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!