Tin klasik, resepi baharu: Berselera dengan Sardin & Mackerel Ayam Brand™

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Trend masakan sering datang dan pergi, namun ada rasa yang kekal sepanjang zaman. Selama lebih 130 tahun, sardin dan mackerel Ayam Brand™ telah menjadi sebahagian daripada bahan asas di dapur rakyat Malaysia.

Walaupun kita sememangnya amat menggemari hidangan klasik seperti kari mackerel dan sambal sardin, sebenarnya ada banyak resipi yang anda boleh olah dengan hanya satu tin sahaja.

Kini tiba masanya untuk kita meneroka potensi ikan dalam tin klasik ini sebagai bahan asas untuk resipi yang kreatif, fusion, dan makan lain macam. Ini bukannya resipi keluarga turun-temurun, sebaliknya ini adalah resipi baharu yang perlu anda cuba untuk menikmati keenakan yang segar tetap terasa.

Selain membawakan rasa yang serba baharu dan keriangan ke dapur, tahukah anda bahawa sardin dan mackerel Ayam Brand™ juga padat dengan khasiat pemakanan yang tidak diketahui ramai? Ini fakta menarik mengenainya, Sardin Ayam Brand™ mengandungi sehingga 7 kali lebih banyak Omega-3 berbanding ikan sardin yang dimasak sendiri1.

Bukan itu sahaja, sardin dan mackerel Ayam Brand™ juga ditangkap secara mampan dari perairan laut sejuk dan secara semula jadi kaya dengan asid lemak Omega-3, terutamanya EPA dan DHA*: dua jenis ‘lemak sihat’ yang penting untuk kesihatan organ utama seperti jantung, otak, dan mata, yang tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan.

Ketua Pemasaran Ayam Brand™, Teoh Wei Ling, berkata, rakyat Malaysia sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan sardin dan mackerel Ayam Brand™.

“Ia telah lama menjadi makanan kegemaran yang merentas generasi. Ia merupakan comfort food yang mengingatkan kita kepada rumah, keluarga, dan zaman kanak-kanak.

“Melalui kempen Makan Lain Macam, kami ingin menggalakkan rakyat Malaysia untuk bergembira sambil mencuba resipi baharu di dapur dan melihat betapa versatilnya ramuan klasik ini.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Walaupun hidangan seperti kari mackerel, sambal sardin atau roti sardin gulung akan kekal sebagai kegemaran, tidak salah untuk kita mencuba sesuatu yang berbeza atau baharu, dengan keyakinan bahawa ia tetap padat dengan khasiat pemakanan,”katanya.

Mengidamkan sesuatu yang enak dan menyelerakan? Dengan hanya satu (atau dua) tin, Ayam Brand™ boleh membantu anda menyediakan hidangan yang pasti memikat selera, segar tetap terasa, rasa enak, dan boleh diolah pelbagai cara.

Bebola Keju & Makaroni Sardin, Hidangan Fusion Comfort Food Sebenar

Rangup di luar, cair di dalam. Bebola Keju & Makaroni Sardin menggabungkan makaroni empuk, keju cair, dan sardin hancur yang digaul sebati. Ia kemudiannya dibentuk menjadi saiz bebola yang mudah dinikmati, disaluti dengan serbuk roti, dan digoreng menggunakan air fryer sehingga keemasan. Snek ini pasti menjadi kegemaran ramai, membuktikan bahawa makanan dalam tin pun boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan yang lazat.

Mackerel Masak Merah, dengan Sentuhan Pedas Ala Malaysia

Pedas, pekat, dan sungguh menyelerakan. Mackerel Masak Merah merupakan sentuhan berani kepada hidangan klasik Malaysia yang boleh disediakan dalam hanya beberapa minit. Tumiskan Pes Masak Merah Ayam Brand™ sehingga naik bau, masukkan satu tin mackerel dan kacau, kemudian biarkan semua ramuan tadi mereneh hingga masak sempurna. Hidangkan bersama nasi mentega untuk sajian yang menyenangkan, padat dengan rasa yang pasti mengimbau kenangan, dengan sentuhan kepedasan yang membangkitkan selera.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba resipi baharu yang pasti menjadi kegemaran anda. Dapatkan sardin dan mackerel Ayam Brand™ sekarang. Kempen Makan Lain Macam tidak bertujuan untuk mengubah sesuatu yang sudah sempurna, ia sebaliknya mengajak kita untuk mengolah hidangan yang memang kita kenali dan gemari, serta bergembira sambil mencuba resipi baharu!

Sardin dan mackerel Ayam Brand™ boleh didapati dalam empat saiz (155g, 230g, 300g, 425g). Untuk tempoh yang terhad, Ayam Brand™ menawarkan promosi Beli 2 Sardin atau Mackerel (425g) dan Dapatkan 1 Mackerel Goreng Dalam Sos Cili (155g) secara Percuma. Tawaran ini boleh didapati di kedai-kedai terpilih.

Inilah masa terbaik untuk menambah stok dan mula bereksperimen dengan resipi baharu di dapur! Dapatkan rangkaian penuh resipi mesra fusion yang mudah disediakan di www.ayambrand.com.my/recipes.

Sama ada anda seorang pelajar, ibu bapa, atau seorang yang sudah bosan dengan hidangan sama setiap hari, resipi fusion ini sememangnya sesuai untuk anda Makan Lain Macam. Sila ikuti @ayambrandmy di Instagram dan Ayam Brand Malaysia di Facebook untuk idea baharu, tip masakan, dan banyak lagi inspirasi menarik.

Resipi 1: Bebola Mac & Cheese Sardin

No Image Caption



1 tin Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato

1 cawan makaroni, dimasak

3 sudu besar sos sriracha

½ cawan keju mozzarella

1 cawan keju cheddar

½ sudu teh serbuk bawang putih

½ sudu teh garam

1¼ cawan susu

3 sudu besar daun bawang yang dicincang

2 ke 3 sudu besar mentega

2 sudu besar tepung

2 biji telur, dipukul

1⅓ cawan serbuk roti

CARA MEMASAK

1.Sediakan sos keju.

Cairkan mentega dalam periuk kecil di atas api sederhana. Masukkan tepung, serbuk bawang putih, dan garam. Kacau hingga sebati. Tuangkan susu secara perlahan sambil terus mengacau sebatian sehingga pekat. Masukkan keju mozzarella, cheddar, dan sos sriracha. Teruskan memasak dan mengacau sehingga keju cair sepenuhnya dan sos menjadi halus.

2.Masukkan sardin

Masukkan Ayam Brand™ Ikan Sardin dalam Sos Tomato dan masak selama beberapa minit sehingga panas sepenuhnya, pastikan campuran sardin sebati dalam sos keju.

3.Gaul, bentuk dan salut bebola

Masukkan makaroni yang telah dimasak ke dalam sebatian sos keju dan gaul rata. Pindahkan ke dalam bekas dan sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam supaya campuran menjadi pejal. Setelah sejuk, ceduk dan bentukkan campuran menjadi bebola bersaiz sederhana. Bekukan selama 30 minit.

4.Goreng menggunakan air fryer dan hidang

Celup setiap bebola ke dalam telur yang telah dipukul dan salutkan dengan serbuk roti. Panaskan air fryer kepada 380°F (190°C). Goreng bebola selama 10–12 minit atau sehingga keemasan dan rangup. Hidangkan panas-panas dan nikmati!

Resipi 2: Mackerel Masak Merah

BAHAN-BAHAN

No Image Caption



1 tin Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato

1 pek Ayam Brand™ Pes Masak Merah

garam & gula

6 cawan beras

125g mentega

1 ½ cawan susu segar

air

daun ketumbar

1 bawang besar

4 ke 5 ulas bawang putih

2 ke 3 cm halia

1 batang serai, diketuk

1 ke 2 helai daun pandan

CARA MEMASAK (NASI MENTEGA):

1.Sediakan bahan-bahan

Kisar bawang, bawang putih, halia, dan daun pandan hingga menjadi pes. Ketepikan.

2.Tumis semuanya

Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana. Masukkan pes yang telah dikisar dan serai yang telah diketuk, tumis hingga naik bau.

3.Sediakan beras

Masukkan beras yang telah dicuci dan ditoskan ke dalam kuali dan kacau selama 1 hingga 2 minit, pastikan beras sebati dengan pes yang telah ditumiskan tadi. Tuang susu segar, kacau hingga sebati, dan padamkan api.

4.Masak nasi

Pindahkan campuran beras ke dalam periuk nasi. Masukkan air (mengikut kadar nisbah beras dan air) dan masukkan garam secukupnya.

CARA MEMASAK (MACKEREL MASAK MERAH):

1.Masak pes

Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumiskan Ayam Brand™ Pes Masak Merah hingga naik bau.

2.Masukkan Mackerel

Masukkan Ayam Brand™ Ikan Mackerel dalam Sos Tomato dan kacau bersama pes tadi. Masukkan garam secukupnya dan hidangkan semasa panas bersama nasi mentega.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!