Enam senator baharu angkat sumpah esok

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai enam senator baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada jam 10 pagi esok susulan pelantikan mereka menyertai Kabinet hari ini.

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri S A Vigneswaran dalam satu kenyataan menyatakan, Majlis Angkat Sumpah mereka adalah selaras dengan Peruntukan 4(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.

Mereka ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama); Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Bhd, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerajui Kementerian Kewangan.

Yang lain ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon (Timbalan Menteri Pendidikan I) dan Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Setiausaha Eksekutif Barisan Nasional, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Timbalan Menteri Alam Sekitar) dan Pengerusi Biro Perhubungan Antarabangsa Armada, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

“Pelantikan ini telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan perenggan (b) Fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan,” kata Vigneswaran. - Bernama

Artikel Berkaitan: