Penuntut IPTA maut, motosikal rempuh lori masuk simpang

Seorang penuntut IPTA maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7.8, Lebuh AMJ, di Tangkak pada Rabu. Gambar kecil: Roslan Gambar kecil Rozlan.
Seorang penuntut IPTA maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7.8, Lebuh AMJ, di Tangkak pada Rabu. Gambar kecil: Roslan Gambar kecil Rozlan.
A
A
A

TANGKAK – Seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 7.8, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.50 tengah hari melibatkan motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan lori jenis Suzuki Futura.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori terbabit membelok masuk ke simpang sebelah kiri jalan sebelum motosikal dinaiki mangsa yang datang dari arah belakang melanggar bahagian tengah kiri lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, kedua-dua penunggang dan pembonceng yang masing-masing berusia 19 tahun terjatuh dari motosikal.

Katanya, kedua-dua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa penunggang disahkan meninggal dunia pada jam 2.50 petang semasa menerima rawatan.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nurhisyam Syafiq Mat Lopa di talian 013-9825324 bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!