KDN haramkan tujuh judul buku

Penerbitan buku-buku berkenaan dikhuatiri memudaratkan moral masyarakat dan ketenteraman awam.
Penerbitan buku-buku berkenaan dikhuatiri memudaratkan moral masyarakat dan ketenteraman awam.
A
A
A

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan Perintah Larangan ke atas tujuh judul penerbitan buku berikutan dikhuatiri memudaratkan kemoralan masyarakat dan ketenteraman awam.

KDN dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan bahawa Perintah Larangan itu diwartakan melalui Warta Kerajaan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301], berkuat kuasa pada 15, 16 dan 17 April lalu.

“Tujuh judul buku itu ialah Love, Theoretically oleh Ali Hazelwood; Tuan Ziyad: Forbidden Love oleh Bellesa; dan Darlingku Mr Cold Mafia karya Nur Firsha Nadia.

“Selain itu, Mischievous Killer oleh Aira Syuhairah; Suhuf Abraham; Kougar 2 oleh Shaz Johar; serta The American Roommate Experiment oleh Elena Armas,” katanya.

KDN memaklumkan, tindakan Perintah Larangan di bawah Akta 301 merupakan satu mekanisme kawalan dan pencegahan sebelum sesuatu ancaman atau kemudaratan berlaku.

“Dalam masa yang sama, masyarakat turut memperoleh pendedahan dan kesedaran mengenai hasil-hasil penerbitan yang tidak diingini serta tidak sesuai untuk bacaan umum,” katanya.

Sehubungan itu, KDN menegaskan bahawa semua pihak perlu mematuhi peruntukan di bawah Subseksyen 7(1), Akta 301, yang melarang sebarang aktiviti berkaitan hasil penerbitan tersebut termasuk pencetakan, pengedaran, penjualan mahupun pemilikan.

“Kerajaan ingin menyatakan komitmen berterusan untuk melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan terhadap mesin cetak serta penerbitan, khususnya bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!