Kes bunuh pengasuh: Kenalan lelaki mangsa direman seminggu

Gambar kiri: Mangsa maut dipercayai dibunuh. Kenalan mangsa ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pengasuh semalam.
Gambar kiri: Mangsa maut dipercayai dibunuh. Kenalan mangsa ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan pengasuh semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki yang merupakan kenalan kepada seorang pengasuh wanita yang mati dalam keadaan tangan terikat dalam kejadian di Taman Sutera semalam, direman malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, lelaki berusia 58 tahun itu ditahan di sekitar Sungai Petani bagi membantu siasatan kes membabitkan kematian wanita berkenaan.

Menurutnya, suspek disyaki kenalan kepada mangsa, Haziah Yeap Osman, 58 dipercayai turut berada di lokasi kejadian semalam.

"Reman dibenarkan selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, hasil laporan bedah siasat yang dijalankan mendapati kecederaan mangsa dilaporkan pada bahagian sekitar bibir, mulut, dagu dan bahagian hadapan leher, manakala pemeriksaan dalaman mendapati terdapat pendarahan pada otot leher serta patah tulang tengkuk.

Turut dilaporkan, terdapat lebam pada hadapan pangkal paha kiri dan kanan dengan kesemua kecederaan tersebut kemungkinan besar telah dilakukan orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN Pengasuh dibunuh dengan tangan terikat

Artikel Berkaitan: