Polis tubuh skuad khas 'All Black' perangi dadah akar umbi

Skuad All Black Militan jihad dadah ditubuhkan bagi memerangi penyalahgunaan dadah di daerah Kuala Muda.
Skuad All Black Militan jihad dadah ditubuhkan bagi memerangi penyalahgunaan dadah di daerah Kuala Muda.
A
A
A

SUNGAI PETANI – Skuad khas ‘All Black’ Militan Jihad Dadah telah ditubuhkan bagi memerangi penyalahgunaan dadah dan membanteras habis-habisan kegiatan terbabit di daerah Kuala Muda.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, penubuhan skuad ini antara lain bertujuan menurunkan kadar jenayah berkaitan dadah di daerah tersebut.

“Skuad All Black Militan Jihad Dadah mula digerakkan dengan misi untuk memerangi aktiviti dadah sehingga ke peringkat akar umbi di Kuala Muda.

Latihan membabitkan 25 pegawai dan anggota dari pelbagai unit membentuk Skuad All Black Militan jihad dadah.
Latihan membabitkan 25 pegawai dan anggota dari pelbagai unit membentuk Skuad All Black Militan jihad dadah.

“Latihan jasmani bersama saya turut diadakan hari ini di dataran kawad Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, bermula dengan sesi regangan dan diteruskan dengan latihan mara lasak membabitkan 25 pegawai dan anggota dari pelbagai unit, di bawah bimbingan tenaga pengajar, Sub Inspektor Saharuddin Asad,” katanya kepada media di IPD Kuala Muda, di sini, pada Ahad.

Menurut Hanyan, latihan fizikal tersebut bertujuan untuk memantapkan kekuatan jasmani dan ketahanan mental anggota skuad berkenaan dalam usaha menentang jenayah dadah secara lebih berkesan.

Tambah beliau, skuad berkenaan akan turut digerakkan ke kawasan tumpuan orang ramai seperti pasar raya bagi mendapatkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah dadah boleh menyalurkannya kepada IPD Kuala Muda melalui talian 04-4299222.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!