Tewaskan City 2-0 detik istimewa United

Penyerang Manchester United, Anthony Martial menjaringkan gol ketika menentang Manchester City di Old Trafford awal pagi tadi. -Foto AFP
Penyerang Manchester United, Anthony Martial menjaringkan gol ketika menentang Manchester City di Old Trafford awal pagi tadi. -Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Manchester City di Old Trafford awal pagi tadi, sebagai satu detik yang istimewa.

Solskjaer berkata, kejayaan menewaskan seteru setempat itu dilihat sebagai kesinambungan kepada kejayaan gemilang menewaskan gergasi Perancis, Paris St Germain (PSG) di Parc des Princes bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL).

Justeru menurut Solskjaer, kemenangan berkenaan sekali gus dilihat sebagai satu lagi kejayaan yang cukup bermakna buat pengendali berbangsa Norway itu.

"Sudah tentu, ia adalah satu lagi detik yang istimewa. Kami seharusnya melakukannya ketika bertemu Liverpool. Ia adalah satu kelebihan untuk menjadi pengurus kepada sebuah pasukan dengan keazaman sebegini. Anda tidak boleh meminta lebih lagi.

"Kepada semua pemain, kejayaan menewaskan Manchester City adalah suatu (pencapaian) yang hebat. Saya berbangga dengan mereka," katanya.

Kemenangan berkenaan menyaksikan United mengukuhkan kedudukan di tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 45 mata hasil 12 kemenangan, seri sembilan kali dan tewas lapan kali daripada 29 perlawanan setakat ini.

Sekali gus, mencerahkan peluang skuad United untuk layak ke saingan UCL musim depan sekiranya pihak Mahkamah Timbang Tara (CAS) mengekalkan hukuman daripada pihak Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang mengenakan penggantungan dua tahun kepada Manchester City.

Sementara itu di sebalik kemenangan berkenaan, Solksjaer sebenarnya resah di sepanjang perlawanan kerana memikirkan City mampu menyamakan kedudukan pada saat-saat akhir.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kesebelasan United dilihat terus kental bertahan untuk melebarkan rekod tanpa kalah kepada 10 perlawanan selain kemenangan ketujuh skuad The Red Devils itu di bawah kendalian Solksjaer.

"Ia adalah hari yang cukup bermakna bagi semua pemain kerana ia adalah pertemuan (derby) dua musuh setempat.

"Keghairahan, sikap, komitmen selain pertalian (hubungan) dengan penyokong. Penyokong sukakannya. Pemain sukakannya.

"Saya tak pernah tewaskan Pep (Guardiola) tiga kali, kecuali pemain. Tapi saya percaya kemampuan saya untuk memajukan pasukan ini walaupun kita tahu kita kekurangan dua tiga pemain tetapi kita tetap merasakan peningkatan setiap masa," katanya.