PdPR bukan jalan mundur, tapi langkah fleksibel ke depan

Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dibenarkan melaksanakan PdPR dari 26 hingga 28 Mei bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. Foto hiasan
Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor dibenarkan melaksanakan PdPR dari 26 hingga 28 Mei bersempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46. Foto hiasan
A
A
A

MERAK JALANAN teringat detik-detik penuh warna semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Walaupun ketika itu negara sedang diuji hebat oleh pandemik, namun di sebalik kekangan, ada juga sisi manis yang kekal dalam ingatan, terutama bab anak-anak belajar dari rumah.

Masa itu, rumah jadi sekolah, dapur jadi bilik sains, dan ruang tamu jadi dewan perhimpunan.

Merak Jalanan suka tengok gelagat anak yang terkial-kial cari 'mute button' ketika jawab soalan cikgu. Mak ayah pula terpaksa jadi ‘guru sambilan’, walaupun kadang lebih garang daripada cikgu.

Merak Jalanan paling minat tengok jalan raya yang sunyi masa PKP. Tak ada bunyi enjin lori, tak ada kesesakan pagi. Langit pun nampak lebih biru.

Kini menjelang Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 hujung Mei ini, suasana lengang mungkin akan kembali seketika.

Merak Jalanan sambut baik kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) bahawa sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan PdPR pada 26 hingga 28 Mei ini.

Menurut KPM, keputusan ini dibuat setelah mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang sidang berlangsung.

Ini bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid tidak terjejas, dan dalam masa sama menjaga kesejahteraan guru serta seluruh warga sekolah.

Merak Jalanan ingin berpesan, inilah bukti bahawa PdPR bukan sekadar untuk musim pandemik.

Artikel Berkaitan:

Kalau dirancang dengan baik, ia boleh dijadikan pendekatan bijak sewaktu situasi luar jangka seperti persidangan besar atau bencana.

Pengalaman lama jangan disia-siakan. Kita sudah ada sistem, kemahiran, dan kefahaman. Cuma perlu keberanian dan kebijaksanaan untuk menggunakannya secara strategik.

PdPR bukan jalan mundur, tapi langkah fleksibel ke depan, kalau kena caranya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!