Fernandes pasrah jika dijual

Fernandes sedih selepas United gagal menjulang sebarang trofi musim ini. FOTO: Agensi
Fernandes sedih selepas United gagal menjulang sebarang trofi musim ini. FOTO: Agensi
A
A
A

KAPTEN Manchester United, Bruno Fernandes memberi bayangan bahawa beliau bersedia meninggalkan kelab itu pada musim panas ini sekiranya pengurusan mahu menjualnya susulan kekalahan dalam final Liga Europa.

Difahamkan, kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal bersedia menawarkan kontrak lumayan bernilai hampir £200 juta (RM1.2 bilion) untuk tempoh tiga tahun kepada pemain tengah Portugal itu.

United kini berdepan tekanan kewangan yang semakin besar selepas gagal memperoleh dana £100 juta (RM600 juta) hasil kelayakan ke Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Tottenham Hotspur di Bilbao.

Fernandes menegaskan beliau masih mahu kekal, tetapi menghormati apa jua keputusan kelab.

“Jika kelab rasa sudah tiba masanya untuk berpisah kerana mereka mahu jana dana atau atas apa sebab pun, saya faham. Bola sepak memang begitu,” katanya.

Fernandes menyertai United pada Januari 2020 dan menjadi tonggak utama skuad kendalian Ruben Amorim.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!