Warga emas maut jatuh perigi

PASIR MAS - Seorang warga emas maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, di sini, pada Khamis.
Mangsa dikenali sebagai Hasmah Husin, 79, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas berjaya dikeluarkan oleh orang awam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Zain Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.35 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, kami dimaklumkan bahawa mangsa telah terjatuh ke dalam sebuah perigi dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!