Kebakaran akibat litar pintas: Polis

Laporan Sinar Harian sebelum ini. Gambar kecil: Mohd Marzukhi
Laporan Sinar Harian sebelum ini. Gambar kecil: Mohd Marzukhi
A
A
A

TELUK INTAN - Polis mengesahkan tiada sebarang unsur jenayah ditemui dalam kejadian kebakaran yang mengorbankan seorang lelaki di Jalan Pasar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.

"Siasatan awal Unit Anjing Pengesan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

"Malah, siasatan mendapati kebakaran itu dipercayai akibat daripada litar pintas," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mangsa, Or Beng Keong, 52, ditemui dalam keadaan terlentang di sebuah bilik di rumahnya.

Katanya, mangsa tinggal bersendirian di rumah berkembar yang mempunyai empat bilik.

"Mangsa merupakan seorang duda dan mempunyai seorang anak perempuan yang tinggal di Kuala Lumpur," katanya.

Mohd Marzukhi berkata, pihaknya masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Teluk Intan bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Artikel Berkaitan:

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Dalam kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan menerima panggilan kecemasan kebakaran membabitkan dua rumah yang melibatkan seorang penghuninya pada jam 9.23 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki rentung dalam kebakaran