Premis makanan ada najis tikus, lipas diarah tutup

Premis makanan diarah tutup serta-merta selepas didapati melanggar pelbagai peraturan kebersihan dan keselamatan makanan. Foto Facebook MPHS
Premis makanan diarah tutup serta-merta selepas didapati melanggar pelbagai peraturan kebersihan dan keselamatan makanan. Foto Facebook MPHS
A
A
A

HULU SELANGOR - Sebuah premis makanan telah diarahkan tutup serta-merta selepas didapati melanggar pelbagai peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan bahawa pemeriksaan telah dijalankan oleh Bahagian Inspektorat, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) bersama Jabatan Pelesenan, susulan aduan yang diterima daripada orang awam.

Menurut kenyataan MPHS, antara kesalahan yang dikesan termasuk kehadiran najis tikus dan lipas di rak penyimpanan premis, pengendali makanan berkuku panjang serta tidak memakai apron dan penutup kepala.

Keadaan tempat memasak di premis berkenaan. Foto Facebook MPHS
Keadaan tempat memasak di premis berkenaan. Foto Facebook MPHS

“Selain itu, telur ayam juga tidak dibasuh, sisa efluen dari premis dialirkan ke dalam longkang awam dan sisa makanan turut dibuang ke dalam longkang awam.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik, peralatan memasak dan kain pengelap berada dalam keadaan tidak bersih, pengurusan sisa pepejal yang tidak teratur serta beberapa kesalahan lain,” jelas kenyataan tersebut.

Pemeriksaan mendapati telur ayam di premis berkenaan juga tidak dibasuh. Foto Facebook MPHS
Pemeriksaan mendapati telur ayam di premis berkenaan juga tidak dibasuh. Foto Facebook MPHS

Pemeriksaan yang dijalankan pada Selasa itu telah membawa kepada penutupan premis makanan berkenaan selama 14 hari kerana melanggar pelbagai peraturan kebersihan dan keselamatan makanan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, MPHS memaklumkan bahawa sebanyak tiga kompaun kesalahan telah dikeluarkan oleh JPSPPA di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan 2007 dan UUK Pengendali Makanan 2007.

Perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik. Foto Facebook MPHS
Perangkap minyak tidak diselenggara dengan baik. Foto Facebook MPHS

“Tiga kompaun itu melibatkan kesalahan di bawah UUK 34, iaitu tidak mengambil langkah pencegahan serangga dalam premis makanan; UUK 19(1)(d), iaitu membuang atau menumpahkan buangan cecair ke dalam longkang awam; dan UUK 8(1), iaitu tidak menyelenggara kebersihan diri (kuku panjang).

“Bagi menjamin keselamatan pengguna, pihak MPHS akan terus mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana premis makanan yang gagal mematuhi standard kebersihan yang ditetapkan,” ujarnya.

Pengendali makanan dikesan berkuku panjang serta tidak memakai apron dan penutup kepala. Foto Facebook MPHS
Pengendali makanan dikesan berkuku panjang serta tidak memakai apron dan penutup kepala. Foto Facebook MPHS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!