Filem Gayong bakal tembusi 33 negara Amerika Latin

Filem Gayong diinspirasikan daripada kisah benar pengasas silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.
Filem Gayong diinspirasikan daripada kisah benar pengasas silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.
A
A
A

FILEM aksi tempatan, Gayong terus mencipta kejayaan apabila bakal ditayangkan di 33 buah negara di Amerika Latin tidak lama lagi.

Menurut penerbitnya, Eric Ong dari SOL Pictures, peluang keemasan itu hadir selepas wakil pemasaran antarabangsa mereka, Movie Move, menyertai Festival Filem Cannes baru-baru ini.

“Wakil kami bertemu dengan pihak dari Amerika Latin yang sangat meminati filem berunsur seni mempertahankan diri Asia, khususnya silat. Mereka tertarik dengan Gayong dan kagum dengan mutu penerbitannya,” katanya.

Faizal Ishak (kiri) diberi kepercayaan sebagai pengarah Gayong.
Faizal Ishak (kiri) diberi kepercayaan sebagai pengarah Gayong.

Filem Gayong diinspirasikan daripada kisah benar pengasas silat Gayong, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan diarahkan oleh Faisal Ishak.

Karya berkenaan membariskan barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip dan pelakon aksi terkenal Indonesia, Yayan Ruhian.

Eric memaklumkan tayangan di Amerika Latin akan dibuat menerusi platform penstriman (OTT) sahaja dan bukannya tayangan pawagam.

“Setakat ini, kontrak perjanjian masih dalam proses dan belum ada tarikh muktamad untuk tayangan.

Artikel Berkaitan:

“Namun saya cukup berbangga kerana ini membuktikan filem tempatan dan seni silat juga mampu menembusi pasaran antarabangsa,” ujarnya.

Sementara itu, Gayong telah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei sejak 8 Mei lalu, manakala penonton di Singapura pula bakal menyaksikannya mulai 22 Mei.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!