'Saya bukan orang luar' - Tengku Azlan

Tengku Azlan ketika membuang undi bagi pemilihan bahagian itu semalam.
Tengku Azlan ketika membuang undi bagi pemilihan bahagian itu semalam.
A
A
A

TEMERLOH - Bekas Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menafikan beliau adalah calon luar seperti didakwa sesetengah pihak sebelum pemilihan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Temerloh yang dijalankan semalam.

Walaupun didakwa bukan anak tempatan Temerloh, Tengku Azlan dipilih sebagai Ketua Bahagian Bersatu Temerloh selepas menewaskan pencabarnya, Datuk Rofaie Hamdan.

Menurutnya, beliau adalah anak jati negeri Pahang kerana dilahirkan di negeri ini.

Tengku Azlan Sultan Abu Bakar
Tengku Azlan Sultan Abu Bakar

"Cuma dalam politik, saya datang dari Pekan tapi sebelum ini saya pimpin bahagian Jerantut selama tiga penggal.

"Syukur dengan keputusan ini yang menunjukkan orang Temerloh boleh terima saya," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas pemilihan tersebut di sebuah hotel di sini semalam.

Tengku Azlan berkata, selepas ini beliau akan mengukuhkan dan memartabatkan bahagian Temerloh.

"Tugas utama saya selepas ini untuk menyatukan bahagian Temerloh kerana apa yang saya cakap selama ini ia adalah pertandingan keluarga, jangan burukkan ahli yang tidak memihak kita kerana mereka ada hak menawarkan diri bertanding.

Artikel Berkaitan:

"Bila kita dah menang, kita bukan menang semuanya selagi tidak menyatukan semua ahli. Saya datang ke Temerloh nak kukuhkan bahagian ini," katanya.