Sayap UMNO Perak mahu Ahmad Zahid dalam Kabinet

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid
A
A
A

IPOH - Pemuda UMNO Perak mengharapkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetap melantik Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menganggotai Kabinetnya.

Ketuanya, Mohd Arrif Abdul Majid berkata, Ahmad Zahid wajar menyertai Kabinet atas kapasiti beliau sebagai parti yang bersama-sama membentuk Perikatan Nasional.

Beliau berkata, pihaknya menghormati keputusan Ahmad Zahid itu, namun berpandangan tidak wajar bagi seorang Presiden UMNO yang memiliki kerusi Ahli Parlimen terbanyak dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak dilantik sebagai ahli Kabinet yang baharu.

"Pemuda UMNO Perak berpandangan sekiranya kes-kes perbicaraan Presiden UMNO dijadikan alasan untuk tidak dilantik sebagai ahli Kabinet, kami ingin mengajak semua agar berpegang kepada prinsip keadilan bahawa seseorang itu tidak boleh disabitkan kesalahan sehingga mahkamah menjatuhkan hukuman.

"Kebolehan, pengalaman dan kredibiliti Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri sebelum ini boleh dijadikan sandaran," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Perak, Suzmaniza Sulaiman berkata, Ahmad Zahid wajar berada di dalam Kabinet kerana pengalaman beliau yang cukup luas dalam pentadbiran negara untuk meletakkan Malaysia di landasan yang sepatutnya agar politik dan ekonomi dapat diperkukuhkan.

Menurutnya, biarpun Muhyiddin menyatakan Kabinet yang bakal dibentuk perlu dari kalangan yang bersih, berkaliber dan berintegriti namun adalah amat tidak wajar untuk melemparkan atau menggelarkan seseorang itu bersalah selagi mahkamah belum membuat keputusan.

Beliau berkata, Puteri UMNO Perak bagaimanapun menerima serta menghormati keputusan Ahmad Zahid untuk tidak dilantik sebarang jawatan di dalam Kabinet baharu Perikatan Nasional.

Artikel Berkaitan: