Kejutan Pei Kee-Mei Xing ke atas pasangan China

Mei Xing (kiri) dan Pei Kee akan berdepan satu lagi pasangan China dalam aksi pusingan kedua pada Khamis. Foto FB BAM.
Mei Xing (kiri) dan Pei Kee akan berdepan satu lagi pasangan China dalam aksi pusingan kedua pada Khamis. Foto FB BAM.
A
A
A

BEREGU wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing melakar kejutan apabila mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 di Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gandingan ke-24 dunia itu mengejutkan pasangan dari China yang terdiri daripada juara Olimpik, Chen Qing Chen dan juara remaja dunia, Wang Ting Ge, pada pusingan pertama di Axiata Arena.

Diiringi sorakan padu penyokong tempatan, Pei Kee-Mei Xing memperagakan aksi bertenaga untuk meraih kemenangan straight set 21-19, 21-19 dalam tempoh 53 minit permainan.

Kejayaan tersebut mengulangi skrip kemenangan mereka ke atas gandingan sama dalam saingan pusingan kedua Terbuka Jerman, Februari lalu.

"Sebelum ini kami pernah bertemu mereka, jadi kali ini kami lebih yakin dan tahu apa yang perlu dilakukan.

"Kami bermula dengan baik tetapi berasa sedikit gugup pada pertengahan permainan. Namun, kami berjaya mengatasi tekanan itu.

"Kemenangan ini memberi kami motivasi tambahan. Sebelum ini ada sedikit masalah dari segi kombinasi di gelanggang, tetapi hari ini (Selasa) kami berjaya atasi," kata Mei Xing.

Gandingan negara itu akan berdepan satu lagi pasangan dari China dalam aksi pusingan kedua pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Pei Kee-Mei Xing bakal menentang Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang bangkit mengalahkan wakil negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting 21-11, 17-21, 21-13.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!