Langkah kanan Sze Fei-Nur Izzuddin di Axiata Arena

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan mudah membenam cabaran Eloi Adam-Leo Rossi secara straight set.
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menepati ramalan mudah membenam cabaran Eloi Adam-Leo Rossi secara straight set.
A
A
A

BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bermula dengan langkah kanan pada Kejohanan Badminton Malaysia Masters di Bukit Jalil sebentar tadi.

Pasangan negara yang berstatus kedua dunia itu menepati ramalan mudah membenam cabaran Eloi Adam-Leo Rossi secara straight set.

Biarpun ditentang sengit pasangan dari Perancis itu, namun Sze Fei-Nur Izzuddin tenang mengawal gelanggang untuk menang 21-16 pada set pertama.

Pengalaman nyata berpihak gandingan negara apabila mengesahkan kemenangan 21-13 dalam masa 31 minit permainan di Axiata Arena itu.

Terdahulu, satu lagi pasangan beregu lelaki negara, Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian mencipta kejutan apabila menewaskan gandingan pilihan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh dan Kittinupong Kedren (ranking ke-14 dunia) dalam pusingan pertama Malaysia Masters.

Pasangan Malaysia yang kini berada di ranking ke-41 dunia itu menampilkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-18 dalam tempoh 40 minit.

Lebih manis, kemenangan ini amat bermakna buat Haikal yang baru sahaja kembali beraksi selepas berehat panjang akibat kecederaan koyak otot i bahagian pinggul kanan sejak Disember lalu.

Sebelum ini, Haikal-Hon Jian yang berlatih di bawah kendalian Herry Iman Pierngadi atau 'Naga Api' tersingkir seawal pusingan pertama di Terbuka Taiwan dan Terbuka Thailand.

Artikel Berkaitan:

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Haikal-Hon Jian menentang Dechapol-Kittinupong yang mara sehingga ke separuh akhir Terbuka Thailand pada minggu lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!