Edry KRU beli semula album sendiri

Edry bertindak memberi tiga dari empat album KRU yang ditemuinya.
Edry bertindak memberi tiga dari empat album KRU yang ditemuinya.
A
A
A

KEBIASAANNYA, peminat yang berusaha membeli album artis kegemaran mereka untuk dijadikan koleksi, tetapi lain pula ceritanya dengan penyanyi dan komposer popular, Edry Abd Halim.

Masakan tidak, selebriti berusia 49 tahun itu berkongsi keterujaan apabila terjumpa semula album KRU iaitu reKRUed yang dilancarkan pada tahun 1993, Awas! (1994) dan album kompilasi Krumania (1997).

Memandangkan album-album tersebut sudah tidak lagi dicetak, Edry membuat keputusan untuk membeli album tersebut dan akan membawa pulang ke Manchester, England sebagai tanda kenangan.

Edry menyifatkan album KRU meninggalkan kenangan yang luar biasa buatnya.
Edry menyifatkan album KRU meninggalkan kenangan yang luar biasa buatnya.

"KRU beli kaset lagu sendiri. Berjalan-jalan di Amcorp Mall, terjumpa kedai vintaj yang jual album lama KRU.

"Saya tahu sudah tidak ada lagi kaset (album) yang akan dicetak, jadi saya beli balik untuk disimpan di Manchester buat kenangan," kongsinya.

Edry berkongsi perkara itu menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan:

Edry membuat keputusan untuk membeli album tersebut dan akan membawa pulang ke Manchester, England sebagai tanda kenangan.
Edry membuat keputusan untuk membeli album tersebut dan akan membawa pulang ke Manchester, England sebagai tanda kenangan.

Tambah bapa kepada empat orang cahaya mata itu, album tersebut memberi kenangan yang tidak boleh ditukar ganti dengan dengan duit.

"Klasik album Awas! Masih ada slip borang KRU posse. Kenangan yang luar biasa.

"Bila buat persembahan duit boleh cari, tetapi kenangan tidak boleh diganti," tulisnya.

Dalam masa sama, Edry membuat keputusan untuk tidak membeli album Ooh! La! La! yang diterbitkan pada tahun 1996 kerana kulit album tersebut telah diconteng.

No Image Caption

"Ada satu copy album 'Ooh La La' saya tidak beli kerana pemilik asal telah menconteng nama dia pada kulit album. Memang zaman dulu semua kena letak nama pakai marker atas barang masing-masing.

"Tidak boleh percaya kaset-kaset ini, sudah (berusia) lebih 30 tahun," ujarnya lagi.

Sekadar info, sepanjang 33 tahun berada dalam industri seni, KRU mempunyai 14 album studio termasuk album Kaset yang baharu sahaja dilancarkan pada konsert GenKRU baru-baru ini dan tiga album kompilasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!