DAP dakwa UMNO dan Pas mahu singkirkan Bersatu

Anthony Loke
Anthony Loke
A
A
A

KLANG - Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan semula susulan UMNO dan Pas mahu menyingkirkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Bekas Menteri Pengangkutan yang juga Setiusaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook mendakwa, UMNO dan Pas sebenarnya tidak menyokong Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya menurut Anthony, kedua-dua parti itu bermatlamat ke arah pembubaran Parlimen dengan impian pemimpin UMNO menjadi Perdana Menteri.

"Ini matlamat mereka. Jika diadakan pilihan raya umum, yang 36 kerusi dikatakan dipegang oleh Bersatu, adakah UMNO tidak akan bertanding untuk beri kepada Bersatu?

"Adakah UMNO sanggup berbuat begitu, biarkan Bersatu dan Muhyiddin terus jadi Perdana Menteri?. Sudah tentu tidak. Daripada kenyataan pmimpin UMNO dan Pas memang harap pilihan raya umum diadakan supaya mereka boleh menang kalau bertanding semula," katanya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Jelajah Pakatan Harapan Kota Raja di Taman Sri Andalas di sini malam tadi.

Anthony berkata, pemimpin DAP kini mengambil pendekatan bertenang meskipun "dikambing hitam' dan dipersalahkan dengan pelbagai pertuduhan ketika berlakunya pergolakan politik negara.

Berhubung pendirian Pas yang membantah hasrat PH untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat, Anthony mencadangkan agar Pas membuat perkara sebaliknya dengan mengemukakan usul undi percaya.

Artikel Berkaitan:

"Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata, undi tidak percaya seolah-olah tak percaya Agong. Tak mau buat tak apa. Mungkin Hadi boleh buat usul undi percaya sebab sebelum ini nak buat pada Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad). Kita bahas dan undi," katanya.