Lelaki bawa satu tan beras seludup ditahan

Hasil pemeriksaan ke atas Pajero itu telah menjumpai satu tan beras yang dipercayai diseludup dari Thailand.  Foto PGA
Hasil pemeriksaan ke atas Pajero itu telah menjumpai satu tan beras yang dipercayai diseludup dari Thailand. Foto PGA
A
A
A

TUMPAT - Tindakan berani seorang lelaki membawa satu tan beras seludup membawa padah selepas pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dipandunya di tahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di Kampung Jubakar, Simpangan dekat sini pada Khamis.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 8 pagi menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata, hasil pemeriksaan ke atas Pajero itu telah menjumpai satu tan beras yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 8 pagi menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.  Foto PGA
Suspek berusia 34 tahun itu ditahan pada jam 8 pagi menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini. Foto PGA

"Turut ditemukan 216 kilogram (kg) beras pulut. Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM6,800.

"Kesemua beras yang dibawa masuk melalui pangkalan haram itu dipercayai untuk pasaran tempatan," katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan:

Tindakan berani seorang lelaki membawa satu tan beras seludup membawa padah selepas pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang dipandunya di tahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan di Kampung Jubakar, Simpangan, Tumpat pada Khamis. Foto PGA

Ujarnya, hasil rampasan dibawa ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk tindakan selanjutnya.

Nik Ros Azhan berkata, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan daripada terus berleluasa di sempadan negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!