Tunggu bulan depan

Cklamovski memberi bayangan bahawa terdapat kemungkinan besar pemain berdarah Malaysia yang berpangkalan di luar negara bakal menyarung jersi negara. FOTO: FAM
Cklamovski memberi bayangan bahawa terdapat kemungkinan besar pemain berdarah Malaysia yang berpangkalan di luar negara bakal menyarung jersi negara. FOTO: FAM
A
A
A

TEKA-TEKI sama ada terdapat pemain warisan baharu yang akan menyarung jersi Harimau Malaya untuk aksi kedua Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam berkemungkinan akan terjawab pada Jun nanti.

Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski memberi bayangan bahawa terdapat kemungkinan besar pemain berdarah Malaysia yang berpangkalan di luar negara bakal menyarung jersi negara dalam masa terdekat.

“Seperti yang telah banyak dilaporkan, memang ada beberapa pemain di luar negara yang berpotensi untuk menyertai pasukan.

“Walaupun kami belum dapat mengesahkannya sepenuhnya hari ini, saya boleh nyatakan bahawa ada antara mereka yang sudah bersedia untuk dipanggil.

“Masa akan menentukannya dan kami berharap dapat berkongsi berita baik awal Jun nanti,” katanya.

Sebelum ini, skuad negara giat meluaskan pencarian pemain warisan yang berada di luar negara untuk dipanggil menyertai pasukan Harimau Malaya.

Untuk rekod, pencetus revolusi Harimau Malaya yang juga Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan yang telah dikenal pasti boleh beraksi bersama pasukan kebangsaan.

Dua daripadanya telah diumumkan pada Mac lalu ketika aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal iaitu pemain dari kelab Tenerife iaitu Gabriel Palmero dan pemain Portimonense, Hector Hevel.

Artikel Berkaitan:

Cklamovski berkata, kehadiran pemain warisan baharu sudah tentu akan menambahkan saingan dalam pasukan dan pastinya akan memberi nilai tambah terbaik.

“Ini akan membawa kualiti tambahan kepada skuad dan membuatkan para pemain bersaing merebut tempat masing-masing.

“Sama ada anda berada dalam kem latihan atau tidak, anda tahu bahawa saingan untuk mendapatkan tempat dalam skuad sangat sengit.

“Paling penting, pemain-pemain ini adalah rakyat Malaysia. Mereka akan menunjukkan kepada semua apabila mereka tiba di sini bahawa mereka sanggup berjuang dan memberikan segala-galanya iaitu darah, keringat dan air mata demi negara ini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!