Sami Buddha songlap RM39 juta, disyaki terlibat judi haram dalam talian

BANGKOK - Polis Thailand menahan seorang sami Buddha yang didakwa menggelapkan wang berjumlah lebih 300 juta baht (RM39 juta) daripada kuil terkemuka Wat Rai Khing yang diasaskan pada 1851.
Penyiasat daripada Biro Siasatan Pusat (CIB) mendakwa Abbot Phra Thammachiranuwat memindahkan wang tersebut dari akaun kuil tersebut ke akaun miliknya.
"Mereka mengesan aliran wang dari kuil di pinggir barat Bangkok itu dengan rangkaian judi haram dalam talian," menurut laporan media tempatan.
Sebahagian besar kuil di negara itu bergantung kepada derma yang disalurkan pengikut Buddha ketika upacara khas.
Pihak berkuasa mengesan suspek kedua turut diberkas dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk memastikan sama ada terdapat individu lain terlibat dalam aktiviti tersebut.
Penahanan sami di kuil terkenal itu turut mengundang pelbagai reaksi warganet.
"Lain kali saya hanya akan menderma kepada hospital atau sekolah," ujar seorang pengguna di platform X. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!