Kes pukul vokalis: Tiga suspek didakwa, tiga lagi dibebaskan

Tiga daripada enam lelaki yang memukul seorang vokalis kumpulan muzik akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru pada Jumaat.
Tiga daripada enam lelaki yang memukul seorang vokalis kumpulan muzik akan didakwa di Mahkamah Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan muzik 'skinhead' yang disyaki terlibat dalam kejadian memukul vokalis sebuah kumpulan muzik akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketiga-tiga suspek akan dituduh mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.

"Polis mengesahkan bahawa kes pergaduhan yang tular di media sosial melibatkan beberapa individu di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru pada 10 Mei lalu telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Negeri Johor (PPNJ) pada 15 Mei.

"Hasil siasatan dan arahan pendakwaan, tiga suspek utama akan didakwa pada 16 Mei. Tiga lagi individu dibebaskan tanpa syarat selepas semakan lanjut dibuat berhubung penglibatan mereka dalam kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan

Pada 11 Mei lalu, polis menahan tiga lelaki berusia 34 hingga 36 tahun kira-kira jam 11.30 malam di sekitar Johor Bahru dan Segamat, sebelum tangkapan susulan membabitkan tiga lagi lelaki tempatan berusia antara 28 hingga 40 tahun dilakukan pada 12 Mei di lokasi sama.

Beberapa rakaman video memaparkan kejadian pergaduhan terbabit dipercayai dimuat naik menerusi akaun Facebook kumpulan muzik berkenaan.

Hantaran itu mendakwa vokalis berkenaan diserang dan dipukul sekumpulan lelaki, dengan beberapa keping gambar kesan kecederaan turut dikongsikan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!