Empat kali paru-paru ditebuk akibat asap rokok

Pengguna @VQueen empire memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital dengan bantuan mesin oksigen selepas paru-parunya ditebuk yang didakwa berpunca akibat terhidu asap rokok.
Pengguna @VQueen empire memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital dengan bantuan mesin oksigen selepas paru-parunya ditebuk yang didakwa berpunca akibat terhidu asap rokok.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman perit menjadi mangsa perokok pasif sehingga terpaksa menjalani prosedur tebuk paru-paru sebanyak empat kali.

Menerusi video berdurasi 30 saat di TikTok, pengguna @VQueen Empire memuat naik gambar dirinya terlantar di hospital dengan bantuan mesin oksigen selepas paru-parunya ditebuk, yang didakwa berpunca akibat terhidu asap rokok.

“Sekarang tular mengenai individu yang menghisap rokok atau vape sehingga perlu menjalani prosedur tebuk paru-paru. Namun bagi saya, saya terpaksa melalui prosedur tersebut kerana menjadi mangsa perokok pasif.

“Pada tahun 2017, paru-paru sebelah kiri saya dua kali menjalani prosedur tebuk, dan pada tahun 2019, paru-paru sebelah kanan pula dua kali terpaksa ditebuk.

“Justeru, berhati-hatilah kepada perokok dan pengguna vape. Jika ada nyawa yang terkorban akibat terhidu asap rokok atau wap vape yang dihisap, anda akan bertanggungjawab di akhirat kelak,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Menurutnya lagi, dia sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan makanan tidak berkhasiat, namun tetap menjadi mangsa kerana berada dalam persekitaran individu yang merokok.

“Ketika itu penggunaan vape masih belum meluas dan tidak ramai yang menggunakannya,” jelasnya.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 2.7 juta tontonan sejak dimuat naik pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Rata-rata pengguna media sosial memberikan kata-kata semangat kepada wanita berkenaan serta berharap kerajaan mengenakan tindakan lebih tegas terhadap individu yang merokok di tempat awam sehingga membahayakan kesihatan orang lain.

Mereka turut mendesak supaya kawalan yang lebih ketat dilaksanakan terhadap penjualan rokok elektronik atau vape yang terbukti boleh menyebabkan penyakit serius serta kehilangan nyawa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!