Kebakaran

Anggota Bomba dan Penyelamat memadam sisa kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dan kedai di Jalan Raja Musa, Kampung Baru hari ini.
Seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Sentul dan Jalan Tun Razak dikerah ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.09 pagi.
Api berjaya dipadamkan kira-kira 15 minit selepas pasukan bomba tiba di lokasi dan kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan. Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!