Sebuah kedai, rumah di Kampung Baru terbakar

KUALA LUMPUR - Sebuah kedai dan rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, pada Khamis.
Komander Operasi, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohamad Riduan Akhyar berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 7.15 pagi.
"Seramai 23 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dengan bantuan BBP
Sentul dan BBP Jalan Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Mohamad Riduan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 7.22 pagi mendapati kebakaran struktur separa kekal melibatkan sebuah kedai dan sebuah rumah.

"Sebuah kedai terbakar 100 peratus, manakala sebuah rumah terbakar 80 peratus, kebakaran tersebut turut melibatkan sebuah motosikal vespa terbakar
100 peratus," katanya.
Beliau berkata, kebakaran telah dapat dikawal pada jam 7.41 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.38 pagi.
"Tiada mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!