Tikam anak, guru didakwa esok

Guru yang bertindak menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung di Pasir Mas pada 2 Mei lalu akan didakwa di mahkamah pada Khamis.
Guru yang bertindak menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung di Pasir Mas pada 2 Mei lalu akan didakwa di mahkamah pada Khamis.
A
A
A

PASIR MAS - Guru yang bertindak menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung di sini pada 2 Mei lalu akan didakwa di mahkamah pada Khamis.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed.

Beliau berkata, pendakwaan kes tersebut akan dibuat di Mahkamah Sesyen Pasir Mas pada jam 9 pagi.

“Kertas siasatan berhubung kes tersebut sudah lengkap,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Menurut beliau, pertuduhan akan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa krisis rumah tangga dipercayai menjadi punca kejadian apabila suspek menikam anak bongsunya menggunakan pisau pemotong sayur sebanyak tiga kali.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami dua tikaman di bahagian dada dan satu di perut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!