Guru tikam anak lelaki 11 tahun direman tujuh hari

Seorang bapa yang merupakan guru direman selama tujuh hari bermula Sabtu selepas dipercayai menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas pada Jumaat.
Seorang bapa yang merupakan guru direman selama tujuh hari bermula Sabtu selepas dipercayai menikam anak lelakinya berusia 11 tahun di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU – Seorang bapa yang juga merupakan seorang guru direman selama tujuh hari bermula Sabtu bagi membantu siasatan selepas dipercayai menikam anak lelakinya yang berusia 11 tahun dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, Pohon Tanjung, Pasir Mas pada Jumaat.

Perintah tahanan reman terhadap suspek berusia 47 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap berwarna oren tiba di mahkamah menaiki trak polis kira-kira jam 8.30 pagi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa krisis rumah tangga dipercayai menjadi punca kejadian apabila suspek menikam anak bongsunya menggunakan pisau pemotong sayur sebanyak tiga kali.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu mengakibatkan kanak-kanak tersebut mengalami dua tikaman di bahagian dada dan satu di perut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek kini sedang melalui proses penceraian dengan isterinya buat kali ketiga yang dijadualkan disebut di Mahkamah Syariah Tumpat pada 13 Mei nanti.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!