Astro raikan penjawat awam

Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam kini tersedia kepada lebih 1.6 juta penjawat awam di Malaysia sebagai tanda penghargaan Astro kepada mereka yang telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara.
Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam ini adalah sebahagian daripada pek Astro One, menawarkan pelbagai kandungan premium Astro, termasuk pelbagai saluran pilihan, program tempatan Astro, Astro Originals, dan hiburan on demand, serta akses Astro GO.
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran, Astro, Tai Kam Leong berkata, Astro telah menjadi sebahagian daripada sejarah negara ini untuk sekian lama, menghubungkan keluarga dan masyarakat melalui kepelbagaian isi kandungan dan perkhidmatan kami yang pelbagai.
“Kami memahami tanggungjawab yang dipikul oleh penjawat awam dalam membentuk negara ini dan pek istimewa ini mencerminkan tanda penghargaan kami menawarkan hiburan dengan harga lebih berpatutan dan kami percaya tawaran ini memberikan nilai tidak terhingga,” katanya menerusi satu kenyataan.
Sebagai sebahagian daripada Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam, semua penjawat awam akan menikmati tawaran eksklusif dan diskaun untuk Pek Entertainment dan Pek Sports Astro One.
Tawaran menarik ini direka untuk menjadikan pek paling popular Astro lebih berpatutan dan mudah diakses oleh penjawat awam.
Tawaran ini termasuk penjimatan besar sehingga RM960 beserta tontonan percuma kandungan kanak-kanak dan juga pemasangan secara Plug & Play percuma. Pek Entertainment Astro One menyediakan akses kepada lebih 100 saluran dengan membariskan kandungan tempatan serta antarabangsa yang direka untuk setiap isi rumah.
Eksklusif untuk penjawat awam dengan RM39.99/sebulan (RRP: RM49.99), pelanggan boleh menikmati rancangan popular seperti Big Stage Alpha, Dia Bukan Syurga, Seribu Tahun, Astro Originals First Wives dan banyak lagi.
Peminat sukan pula boleh mendapatkan Pek Sports Astro One, yang mempunyai segalanya dalam Pek Entertainment Astro One dengan tambahan siaran langsung kandungan sukan termasuk Premier League, acara BWF, Liga Malaysia, Sepak Takraw League, Formula 1, MotoGP, Kriket, Tenis dan banyak lagi dengan hanya RM69.99/ sebulan (RRP: RM99.99).
Para pelanggan dengan Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam juga akan menikmati tontonan percuma kandungan kanak-kanak dengan akses kepada enam saluran kanak-kanak termasuk Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies dan banyak lagi.
Para penjawat awam boleh mendaftar pek Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam bermula hari ini menerusi https:// www.astro.com.my/penjawatawam atau menerusi WhatsApp di +60 3-9543 3838.
Bukti pekerjaan sebagai penjawat awam atau pesara diperlukan semasa proses pendaftaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!