Gunung berapi Etna muntahkan abu dan lahar

Aliran lahar kelihatan semasa letusan Gunung Berapi Etna di Sicily lewat malam 12 Mei 2025. Foto AFP
Aliran lahar kelihatan semasa letusan Gunung Berapi Etna di Sicily lewat malam 12 Mei 2025. Foto AFP
A
A
A

SICILY (Itali) - Gunung berapi Etna, antara gunung berapi paling aktif di selatan Itali, meletus pada waktu malam dengan memuntahkan sejumlah besar abu dan lahar, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media tempatan pada Selasa.

Letusan yang bermula dari Kawah Tenggara itu disertai letupan kerap dan kuat, serta menghasilkan dua aliran lahar kecil ke arah selatan dan timur, menurut laporan Catania Today.

Kepulan abu juga dilihat bergerak ke arah tenggara dan menyebabkan hujan abu gunung berapi di bandar berhampiran, Zafferana Etnea.

Notis Pemerhatian Gunung Berapi bagi Penerbangan (VONA) yang dikeluarkan oleh INGV (Institut Geofizik dan Vulkanologi Nasional) telah diturunkan kepada tahap 'hijau', iaitu tahap amaran paling rendah.

Pihak berkuasa mengesahkan bahawa letusan itu tidak menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Vincenzo Bellini di Catania.

Terletak di Pulau Sicily, Etna merupakan gunung berapi aktif tertinggi di benua Eropah dengan ketinggian sekitar 3,300 meter.

Letusan terbaharu ini merupakan kejadian ke-13 yang direkodkan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Aktiviti gunung berapi yang ketara juga dilaporkan berlaku di Etna pada Februari dan April tahun ini. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!