Nahas FRU: Bersatu kenang pengorbanan anggota

PUTRAJAYA - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan pemergian anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam insiden kemalangan maut di Teluk Intan, suatu pengorbanan yang tidak akan dilupakan oleh rakyat.
Malah Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Azmin Ali berharap agar anggota lain yang cedera dalam nahas ini akan diberikan rawatan dan perkhidmatan kesihatan yang terbaik.
"Sesungguhnya kami bersedih di atas pemergian mereka yang sedang dalam perjalanan pulang dari tugasan setelah memberi khidmat dan bakti untuk negara.
"Pengorbanan mereka akan kekal dalam ingatan rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Terdahulu 10 anggota FRU dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan sebuah trak FRU yang membawa 18 anggota termasuk pemandu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.
Difahamkan kesemua mereka dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

