Kemalangan FRU: Saifuddin ucap takziah, sifatkan kehilangan besar

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, merakamkan ucapan takziah kepada waris mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Teluk Intan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, merakamkan ucapan takziah kepada waris mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Teluk Intan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, merakamkan ucapan takziah kepada waris mangsa yang terlibat dalam kemalangan membabitkan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Teluk Intan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.

"Saya menerima perkhabaran duka mengenai kemalangan tragik yang meragut nyawa lapan anggota FRU dalam insiden membabitkan sebuah trak yang mereka naiki dan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, pagi ini.

"Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa, menempatkan roh mereka bersama orang-orang yang beriman dan menganugerahkan pahala atas segala jasa serta sumbangan para wira ini kepada negara," katanya.

Terdahulu polis Perak mengusahakan 10 anggota FRU meninggal dunia dalam insiden yang berlaku jam 8.30 pagi membabitkan lori muatan batu di Jalan Chikus, Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Sementara 10 lagi cedera dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!