Dua wanita 'kantoi' curi bungkusan

Dua wanita yang ditangkap oleh tuan rumah mencuri bungkusan.
Dua wanita yang ditangkap oleh tuan rumah mencuri bungkusan.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Kegiatan ‘mencuri’ bungkusan di sebuah rumah di sini akhirnya membawa padah kepada dua wanita apabila dicekup oleh seorang lelaki yang dipercayai tuan rumah berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kegiatan mereka terbongkar apabila berjaya ditangkap oleh tuan rumah di Seri Alam, Masai, pada Jumaat lalu.

Katanya, kejadian itu dilaporkan oleh seorang lelaki warga tempatan berusia 44 tahun yang dipercayai menjadi mangsa kecurian bungkusan-bungkusan berkenaan.

“Tangkapan terhadap kedua-dua wanita itu dipercayai berlaku pada jam 3.49 petang susulan tular video dua wanita berkenaan yang berjaya ditangkap.

“Pihak polis juga telah menerima video kejadian tersebut yang tular di laman sosial Facebook dengan durasi satu minit 31 saat.

“Hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada pukul 3.49 petang, Jumaat lalu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Tambahnya, kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Ketika ini, polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan syarikat penghantaran, pemilik bungkusan, serta suspek yang terlibat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menyalurkannya kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohamad Haikal Kamarulzaman di talian 018-9584479 bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!